PRODUK

Antara produk yang dibuat ialah:-

  1. Buku Pendidikan
  2. Kraf Logam, kayu, (Tempahan Khas)
  3. Textile (Tempahan Khas)
  4. Props FIlem dan persembahan (Tempahan Khas)
  5. Muzik (Tempahan Khas)
  6. Video (Tempahan Khas)
  7. Pakaian dan Jahitan
  8. Tempahan khas berkaitan produk warisan
  9. Destar pelbagai jenis
  10. Barang Pameran (Tempahan Khas)
  11. Makanan Tradisional (Tempahan Khas)

Dan banyak lagi yang berkaitan dengan warisan Melayu (Tempahan Khas)

Buku Pendidikan

 

Buku Pakaian Alam Melayu

Buku hasil nukilan Johan Iskandar ini mendokumentasikan banyak pakaian
warisan masyarakat Melayu dahulu termasuk rakyat biasa sehinggalah peringkat
bangsawan. Kebanyakan jenis pakaian didalam buku ini tidak pernah diangkat
atau dianggap istimewa sehingga menyebabkan ia hampir pupus dan dilupakan.
Buku ini dapat menerangkan cara hidup, perwatakan dan reka bentuknya yang
dicipta untuk sesuatu kegunaan dan pekerjaan. Oleh itu, semua pakaian yang
dimuatkan di dalam naskhah ini dijadikan sebagai peringatan dan rekod
akademia untuk kepentingan pada generasi akan datang. Buku ini sangat sesuai
dijadikan rujukan untuk kegunaan dalam bidang seni persembahan, lakonan,
perayaan dan kebudayaan.

 

 

Buku Destar Alam Melayu (Asal-Usul Sejarah Dan Penggunaan)

Destar ialah semua jenis hiasan kepala yang penting dalam busana Melayu. Dalam destar mempunyai banyak jenis pecahan lagi seperti Tanjak, Tengkolok Lelaki, Tengkolok Perempuan, Getam, Songkok dan Semutar. Setiap rekaan destar mempunyai maksud yang tersendiri dan tidak dipakai sebarangan. Selain itu, ia juga menyimpan sejarah yang tersirat dan rahsia asal-usul pada zaman dahulu. Kebanyakan destar warisan Melayu yang asli telah hampir pupus digantikan dengan rekaan baru yang tidak mempunyai sejarah dan asal-usul. Destar juga digunakan dalam aktiviti harian dan juga untuk adat-Istiadat.

Dalam buku ini menerangkan mengenai asal-usul, sejarah, penggunaan dan banyak gambar yang menarik serta penerangan yang lengkap.

Pemenang Anugerah Buku Pendidikan Pengajian Tinggi

 

 

Buku Destar Alam Melayu 2020 (Edisi Terhad).

DESTAR ialah semua jenis hisan kepala yang penting dalam pemakaian busana Melayu. Ia mempunyai pelbagai pecahan seperti Tanjak, Tengkolok lelaki dan perempuan, Getam, Songkok, Semutar dan sebagainya. Justeru menyedari kepentingan warisan ini, pihak Universiti Malaya melalui Akademi Pengajian Melayu dengan kerjasama pelbagai pihak terutama PERNILAM telah bergabung tenaga untuk merealisasikan Seminar Destar Melayu dengan matlamat dapat memberi pendedahan kepada umum. Dengan itu, semua hiasan kepala dimuatkan dalam naskhah ini sebagai peringatan dan rekod akademia untuk kepentingan pada generasi akan datang.

Studio Jahitan Pakaian Warisan Melayu

Pembuatan Kraf Logam

Pembuatan Alat Memanah dan Pusat Latihan Memanah