Tari Otar-otar/ Gayong Otar-otar
(Tarian Perang Melayu)
 
Tari Otar-otar atau Gayong Otar-otar adalah sejenis tarian perang yang menggunakan teknik sebenar. Ia mampu digunakan semasa bertempur dengan senjata dan perisai.
Tari ini mempamerkan riak wajah yang tegas tanpa sebarang senyuman dan tidak mempunyai gerak tari yang lemah-lembut. Ahli tari Otar-otar yang sebenar mampu menggunakan perisai dengan senjata semasa perang dengan baik. Ini kerana pergerakan dalam tari ini bukan kosong atau hiburan semata-mata. Tari Otar-otar juga mempunyai beberapa tahap yang membezakan tarian.
 
Pada zaman dahulu, latihan gerak tari ini juga adalah bertujuan untuk menguatkan tangan yang memegang senjata berat dan untuk mendidik mempelajari gerak, teknik berperang dalam bentuk hiburan atau tarian.
 
Dalam tari ini, ia terbahagi pada 3 iaitu bahagian, yakni – ‘Bunga’ (teknik menyerang), ‘Perisai’ (cara menangkis serangan senjata) dan ‘Serangan Bebas’ (serangan bebas dibahagian tengah lagu yang mempunyai melodi serunai yang berlainan).
 
Tari Otar-otar wujud dalam banyak negeri di Malaysia hinggalah ke Riau Daratan, Kepulauan Riau dan Kalimantan.
 
Semoga semua Melayu bersatu
.
+++++++++++++++++++++++++++++
Kelas, bengkel akan dibuka bermula pada August 2025.
Antara yang akan dipelajari ialah:-
– Tari Otar-otar.
– Penerangan semua teknik dalam tarian.
– Latihan bertempur sebenar (simulasi tempur senjata lengkap baju perisai).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Explore More

B𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑, 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊 & 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐎𝐋𝐎𝐊 (Selangor – 30 Ogos 2025)

      B𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑, 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐀𝐊 & 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐎𝐋𝐎𝐊(Selangor – 30 Ogos 2025)Yang berminat sila masuk group khas peserta bengkelhttps://chat.whatsapp.com/LeaqrdzJE9q07KskxIWcLb 📌 Untuk pertanyaan sila whatsapp atau klik link di bawah

Kursus Asas Pengenalan Permainan Silat Pulut (Siri 4)

Kursus Asas Pengenalan Permainan Silat Pulut (Siri 4) Tarikh: 4 Oktober 2025Tempat: Taboh Studio, 71A, Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Kelas Gamelan Setiap Ahad – Pengambilan Baru Untuk Sept 2025

Kelas Gamelan Setiap ahad Untuk yang berminat untuk sertai kelas, Pendaftaran baru telah dibuka untuk kemasukan bulan September 2025www.alammelayu.my-waktu kelas> 4-5pm> 5-6pm> 9-10pm> 10-11pm- YURAN RM60 sebulan.- Kelas selama 3 bulan-Untuk