Tari Otar-otar/ Gayong Otar-otar
(Tarian Perang Melayu)
 
Tari Otar-otar atau Gayong Otar-otar adalah sejenis tarian perang yang menggunakan teknik sebenar. Ia mampu digunakan semasa bertempur dengan senjata dan perisai.
Tari ini mempamerkan riak wajah yang tegas tanpa sebarang senyuman dan tidak mempunyai gerak tari yang lemah-lembut. Ahli tari Otar-otar yang sebenar mampu menggunakan perisai dengan senjata semasa perang dengan baik. Ini kerana pergerakan dalam tari ini bukan kosong atau hiburan semata-mata. Tari Otar-otar juga mempunyai beberapa tahap yang membezakan tarian.
 
Pada zaman dahulu, latihan gerak tari ini juga adalah bertujuan untuk menguatkan tangan yang memegang senjata berat dan untuk mendidik mempelajari gerak, teknik berperang dalam bentuk hiburan atau tarian.
 
Dalam tari ini, ia terbahagi pada 3 iaitu bahagian, yakni – ‘Bunga’ (teknik menyerang), ‘Perisai’ (cara menangkis serangan senjata) dan ‘Serangan Bebas’ (serangan bebas dibahagian tengah lagu yang mempunyai melodi serunai yang berlainan).
 
Tari Otar-otar wujud dalam banyak negeri di Malaysia hinggalah ke Riau Daratan, Kepulauan Riau dan Kalimantan.
 
Semoga semua Melayu bersatu
.
+++++++++++++++++++++++++++++
Kelas, bengkel akan dibuka bermula pada August 2025.
Antara yang akan dipelajari ialah:-
– Tari Otar-otar.
– Penerangan semua teknik dalam tarian.
– Latihan bertempur sebenar (simulasi tempur senjata lengkap baju perisai).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Explore More

Kelas Online Pakaian Alam Melayu

*KELAS PAKAIAN ALAM MELAYU (Online) AUGUST 2025* Kelas percuma kepada pemilik buku Pakaian Alam Melayu. Penerangan berdasarkan muka surat dalam buku. • Syarat wajib mesti ada buku Pakaian Alam Melayu.

KELAS GAMELAN, (PENDAFTARAN KELAS BARU UNTUK SEPT 2026 – DEC 2026)

KELAS GAMELAN, (PENDAFTARAN KELAS BARU UNTUK SEPT  2026 – DEC 2026) Kanak-Kanak 8thn – 10thn dan 11thn – Dewasa Kursus Jangka Pendek Untuk tiada langsung asas, peringkat sekolah menengah dan

Kursus Asas Pengenalan Permainan Silat Pulut (Siri 4)

Kursus Asas Pengenalan Permainan Silat Pulut (Siri 4) Tarikh: 4 Oktober 2025Tempat: Taboh Studio, 71A, Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor