Pementasan Teater Bangsawan Tun Perak bersiri Lakonan Remaja Pelajar Sekolah yang bertajuk Tun Perak siri 3 “TUN PERAK SETIAMU DIUJI”.

Pementasan ini membawa pengisahan sejarah kesultanan Tanah Melayu sekitar tahun 1456 hingga 1477 berkisar ketokohan Tun Perak Bendahara Paduka Raja dan Kerajaan Melaka. Ketika ini Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah ibni Almarhum Sultan Muzffar Syah.

Terdapat beberapa tragedi sejarah yang dipaparkan pada pementasan siri 3 ini iaitu Melaka menyerang Pahang yg diperintah kerajaan Siam dan Melaka beroleh kemenangan. Sultan Mansur Syah mengahwini puteri Siam yang bernama Puteri Unang Seri anak kepada Maharaja Dewasura yang memerintah Pahang.

Bagi menjamin keselamatan ayahandanya dan dirinya serta orang2nya maka Puteri Unang Seri menerima lamaran Sultan Mansur Syah.

Pasang diraja itu dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Satu kejadian yang tidak boleh dilupa oleh seluruh masyarakat apabila Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar anak kepada Tun Perak kerana Tun Besar menyepak bola raga terkena destar Raja Muhammad.

Walaupun kejadian itu membuatkan Tun Perak berasa sedih namun kesetiaannya kepada Sultan Mansur Syah tidaklah berbelah bahagi namun dia tidak mahu Raja Muhammad menjadi Sultan Melaka seperti ungkapannya TIADALAH MELAYU AKAN MENDERHAKA KEPADA SULTANNYA NAMUN UNTUK BERSULTANKAN ANAK RAJA SEORANG ITU JANGANLAH ADANYA….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Explore More

PELATIHAN DESTAR TANJAK & TENGKULUK (KAB. KARIMUN, INDONESIA 2024)

*PELATIHAN DESTAR TANJAK & TENGKULOK*11-12 OKTOBER 2024 KARIMUN – INDONESIAUntuk yang ingin menyertai sila join group dibawah, klik link untuk masuk grouphttps://chat.whatsapp.com/HBkVdB4t5DGIK5DAh0gQ4uINFORMASI DAN PERTANYAAN:BAH ERWINwasap.my/6281277558000WAK YUNwasap.my/6281270726543JADWAL PELATIHAN : 11 –

PAMERAN HIASAN KEPALA TRADISIONAL ASEAN 22-24 Julai 2024

    Β  Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN di KL Sentral SHAH ALAM – Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN akan berlangsung pada 22 Julai hingga 24 Julai ini di KL

Program INTELEK SENI 2024: “Menelusuri Nilai Estetika Pemakaian Busana dalam Seni Persembahan”

Pemilihan busana merupakan antara salah satu elemen penting dalam β€œmenghidupkan” jiwa sesebuah seni persembahan. Seiring dengan arus pemodenan dan inovasi dalam bidang seni persembahan, pemakaian busana kini telah mendapat suntikan