Pemilihan busana merupakan antara salah satu elemen penting dalam “menghidupkan” jiwa sesebuah seni persembahan. Seiring dengan arus pemodenan dan inovasi dalam bidang seni persembahan, pemakaian busana kini telah mendapat suntikan serta idea baharu terutamanya daripada golongan anak muda. Nilai komersial dalam hal ini perlu dilihat semula agar tiada kepincangan berlaku sehingga memudarkan nilai estetika busana asli dalam seni persembahan. Justeru itu, para penggiat seni perlu sama-sama memainkan peranan dalam memastikan keaslian busana tetap terjaga di samping melahirkan kreativiti masing-masing di masa hadapan.
Saksikan Program INTELEK SENI 2024: “Menelusuri Nilai Estetika Pemakaian Busana dalam Seni Persembahan” dibawakan khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.
Tarikh : 15 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Galeri Utama KPSK (Lakeside), Kolej Pengajian Seni Kreatif, Kompleks Alam Bina UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Explore More

Kelas Gamelan, (Pendaftaran Kelas Baru Untuk Januari 2026 – April 2026)

Anjuran Kerjasama KELAS GAMELAN, (PENDAFTARAN KELAS BARU UNTUK JANUARI 2026 – APRIL 2026)Kursus Jangka Pendek Untuk Dewasa, tiada langsung asas, peringkat sekolah menengah dan rendahBermula pada Januari 2026 – Yuran

BENGKEL PENGENALAN DESTAR, TANJAK & TENGKOLOK,DI BESUT

  BENGKEL PENGENALAN DESTAR, TANJAK & TENGKOLOK,DI BESUT Anjuran bersama Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu (Sijil dibawah Universiti Malaya) Bertempat di KOMPLEKS RAKAN MUDA

*PENGENALAN & PELATIHAN DESTAR, TANJAK & TENGKOLOK* (Tembilahan, Indragiri Hilir, Indonesia 2024)

*PENGENALAN & PELATIHAN DESTAR, TANJAK & TENGKOLOK* untuk yang berminat silahkan masuk group link dibawah ini https://chat.whatsapp.com/DyC3TsRjYgWCG7H28iLgBY Anda berpeluang belajar – Tanjak (7 macam + 1 ) Dan tambahan –