Pementasan Teater Bangsawan Tun Perak bersiri Lakonan Remaja Pelajar Sekolah yang bertajuk Tun Perak siri 3 “TUN PERAK SETIAMU DIUJI”.

Pementasan ini membawa pengisahan sejarah kesultanan Tanah Melayu sekitar tahun 1456 hingga 1477 berkisar ketokohan Tun Perak Bendahara Paduka Raja dan Kerajaan Melaka. Ketika ini Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah ibni Almarhum Sultan Muzffar Syah.

Terdapat beberapa tragedi sejarah yang dipaparkan pada pementasan siri 3 ini iaitu Melaka menyerang Pahang yg diperintah kerajaan Siam dan Melaka beroleh kemenangan. Sultan Mansur Syah mengahwini puteri Siam yang bernama Puteri Unang Seri anak kepada Maharaja Dewasura yang memerintah Pahang.

Bagi menjamin keselamatan ayahandanya dan dirinya serta orang2nya maka Puteri Unang Seri menerima lamaran Sultan Mansur Syah.

Pasang diraja itu dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Satu kejadian yang tidak boleh dilupa oleh seluruh masyarakat apabila Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar anak kepada Tun Perak kerana Tun Besar menyepak bola raga terkena destar Raja Muhammad.

Walaupun kejadian itu membuatkan Tun Perak berasa sedih namun kesetiaannya kepada Sultan Mansur Syah tidaklah berbelah bahagi namun dia tidak mahu Raja Muhammad menjadi Sultan Melaka seperti ungkapannya TIADALAH MELAYU AKAN MENDERHAKA KEPADA SULTANNYA NAMUN UNTUK BERSULTANKAN ANAK RAJA SEORANG ITU JANGANLAH ADANYA….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Explore More

Kursus Asas Pengenalan Permainan Silat Pulut (Siri 4)

Kursus Asas Pengenalan Permainan Silat Pulut (Siri 4) Tarikh: 4 Oktober 2025Tempat: Taboh Studio, 71A, Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Bπ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑, π“π€ππ‰π€πŠ & π“π„ππ†πŠπŽπ‹πŽπŠ (Selangor – 25 Okt 2025)

Bπ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑, π“π€ππ‰π€πŠ & π“π„ππ†πŠπŽπ‹πŽπŠ(Selangor – 25 OktΒ  2025)Yang berminat sila masuk group khas peserta bengkelhttps://chat.whatsapp.com/FeKfqIavUTr6as7dJD3vCF Β Untuk pertanyaan sila whatsapp atau klik link di bawah‍ TAMS wasap.my/601163787215Anda berpeluang belajar– Tanjak–

ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑, π“π€ππ‰π€πŠ & π“π„ππ†πŠπŽπ‹πŽπŠ (SELANGOR)

ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑, π“π€ππ‰π€πŠ & π“π„ππ†πŠπŽπ‹πŽπŠ(Selangor – 31 Mei 2025 Bengkel untuk semua tahap dan peringkat)(Selangor – 24 Mei 2025 Bengkel tahap 1 sahaja – Kelas Khas terhad)Yang berminat sila